Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu di dunia ini tiada yang sia-sia.
Perah otak kamu, maka kamu akan nampak kegunaan sesuatu itu.
Mungkin pada kamu sesuatu benda itu di jadikan tak ada guna sedikit pun. tetapi jika di teliti sedalamnya rupa2nya tersembunyi hikmah kejadian benda tersebut.
Contohnya, anai2 yang merosakkan rumah kamu. Kamu laknat anai2 tersebut dengan macam2 perkataan. tetapi, kalau tak adanya anai2 maka proses pereputan dan penukaran komposisi kayu kepada struktur yang lebih ringkas akan mengambil masa yang sangat lama. Nah, sudah nampak bukan?
Jadi, selepas ini InsyaAllah saya akan mencari lebih banyak lagi ilmu yang dapat di kaitkan dengan alam dan ketuhanan. Selamat berfikir dan semoga memberi manfaat. InsyAllah.
No comments:
Post a Comment