Sumber: http://nenez9595.blogspot.com/2012/11/jangan-takut-wahai-anakku-dengan-phd-itu.html
1. Cari
tesis di Malaysia , tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
2. Cari
tesis di luar Negara walaupun sebuah, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
Ini adalah untuk anda mengetahui tahap atau
keluasan bidang kajian tersebut.
3. Setelah
memperolehi tesis tesis tersebut, baca abstract, Bab 1, Bab terakhir dan
recommendation/ cadangan yang telah diajukan oleh pengkaji di atas. Lihat dengan rapi semua buku-buku rujukan,
journals, proceedings yang telah digunakan oleh tesis-tesis tersebut. Beri
banyak masa buat analisa bahan rujukan yang ada dalam tesis ini. Cuba
kenalpasti KITAB utama, theoretical
framework/ conceptual framework yang telah diutarakan oleh pengkaji di atas.
4. Tabiat
membaca jurnal dan buku-buku : diminta jangan membaca bahan-bahan ini seperti
anda membaca akhbar harian METRO, majalah sukan FUTBALL dan lain-lain. Anda diminta mempunyai disiplin tinggi untuk
membaca benda alah ini. Mengikut
pengalaman saya membaca setiap paper journal sebanyak 3 kali banyaknya. Catit
tarikh bacaan tersebut. Bacaan pertama
ialah scanning, bacaan kedua ialah
mengenalpasti scope kajian, research gap, findings dan methodology. Buat bacaan
dalam kadar slow-slow sedikit. Bacaan
terakhir ialah menulis rumusan 1 atau 2 paragraph. Gunakan jadual matriks yang pernah saya syurkan
kepada anda terdahulu. Tidak memenuhi
jadual matriks ..ini bermakna ..anda telah gagal membaca apa-apa.
5. Bina
tabiat menanya soalan yang produktif dengan penyelia utama PhD anda.
Buat catitan apa yang dibincangkan. Sebaik-baiknya gunakanlah recorder
untuk
merakam semua perbualan anda. Bila sudah
selesai, cuba cari sudut-sudut terpencil dalam library untuk mendengar
balik
perbualan anda dengan SPVR tadi. Insya
allah Berjaya!
6. Elakkan
dari perangkap mengambil andaian bahawa Tahun 1 PhD adalah honeymooning
year. Ramai pelajar Malaysia PhD di luar
Negara tertipu dengan sikap ini di mana pada tahun ini lah mereka
merantau
seluruh benua Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan tidak ketinggalan
tanah
suci Mekah/ Madinah. Tahun ini juga
mereka mula belajar/ berjinak-jinak dengan batang golf, topi bintang
golf TIGER
WOODS hinggakan masuk library Universiti Birmingham , England jam 0900
mlm
waktu Winter pun mereka akan tetap memakai topi golf TIGER WOODS ini.
Bila banyak berjalan, kita akan dapat ramai kenalan-kenalan
baru. Ramai kenalan baru , ada saat
happy dan ada saat dukacita. Perkara
dukacitanya ialah .. rumah kita di London akan menjadi BED and
BBREAKFAST
hostel CYS semua kenalan kita dari Scotland, Ireland, France, USA bila
mereka
mau melawat kota bandaraya LONDON. Semua
telur ayam, sardine dan susu segar dalam fridge kita akan habis. Baik
sungguh hati tuan hamba. Terima kasih tuan!
7. Elakkan
dari membina computer systems PhD terburu-buru.
Bila siap system and mula menulis tesis kita akan berhadapan dengan 3
masalah terbesar. Tiga masalah besar ini
lah punca utama mengapa ramai pelajar PhD tidak dapat menyelesaikan proses
penulisan tesisnya yang sudah berkurun-kurun lamanya. Pertama anda belum yakin
sepenuhnya apakah research gap selama ini (sebelum anda terjun ke dalam dunia
PhD). Kedua ialah data yang ada tidak
diproses, analysis dengan baik menggunakan teknik programming, software secara
efisyien dan bijaksana. Ketiga
disebabkan anda lalai membuat Literature Review secara menyeluruh/ exhaustive pada
tahun 1 dan 2, masalah terbesar anda ialah penulisan tesis bab terakhir tidak
mempunyai rujukan, penemuan anda tidak mempunyai apa apa kaitan dengan penemuan
researchers terdahulu atau terkini, hujah mempertahankan penemuan anda
kelihatan lemah dan tidak mencapai tahap kesarjanaaan di peringkat PhD. Tidak lupa juga, kadang-kadang ada pelajar
tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan tesis dalam bahasa inggeris. Ini memainkan peranan penting bila supervisor
akan berkali kali menegur .. I
just could not figure what the hell you mean by these pages! Di saat saat tahun 4 , 5 di luar Negara
dengan kotak-kotak hadiah dan jualan sales dari Car Boot sales di White Chapel,
Aldgate East and Wembley dan juga kereta merx E2.30 second hand berada dalam otak anda bercampur
dengan ketakutan kita untuk berjumpa projek supervisor bila Profesor Brown
memanggil anda berkali-kali, minat anda
untuk menyiapkan tugas utama PhD akan terus luntur, tenggelam dan …
segala-segalanya akan menjadi memori penuh warna-warni di London.
8. Buat
tabiat menulis paper proceedings dan jurnal.
Dengan cara ini, focus anda terjaga.
Pada tahun 1 PhD, pembaca-pembaca akan Nampak ..hasil tulisan ini adalah
mereka yang baru terjun dalam dunia research,
buat 3 paper dalam tahun 1 sekurang-kurangnya, hantar jauh-jauh sampai
ke Indonesia Institut Teknologi Bandung ;
Australia, Univ of Deakins dan
Japan, Univ of Waseda pada tahun 2 PhD buat 2 paper yang
Nampak lebih canggih dan mantap dibaca di mana pembaca boleh melihat sudah ada
method yang tepat dan proses susulan dari metodologi di atas dan akhirnya pada penghujung tahun 3 PhD
buatlah 1 atau 2 paper untuk jurnal berimpak tinggi. Dengan target begini, Allah Taala akan
membantu anda dan akan mengganggap semua masa susah dan senang anda di London ,
satu amal ibadat yang DIA redhai.
9. Bila
menulis tesis, elak dari menulis dari saat sejurus selepas tamat tahun 3 baru
nak mula menulis tesis. Mulakan dengan
penulisan tesis PhD pada tahun 1 lagi.Bukak bab 1 introduction, bab 2
literature review dan bab 3 research methodology serentak dalam computer
notebook anda sepanjang masa. Bila ada
idea apa-apa, tanyalah diri anda ada apa-apakah fakta yang sesuai untuk
dimasukkan ke dalam mana mana bab ini.
Belajar words outlining. Saya
dapati banyak masa dapat dijimatkan dengan kemahiran outlining dalam words 2010
ini. Cubalah anakku.
10. Simpan
backup / harddisk/ second back up , third back up/ simpan dalam cloud. Ada kenalan saya di Birmingham, di saat saat
dia mahu pulang ke Malaysia, beliau kehilangan 5 paspost Malaysia dan juga 1
set computer PhD. Pada masa itu , semua
penulisan terbaru selama 4 bulan terkini ,,,,
beliau tidak membuat sebarang backup.
Mengikut temubual , rakan saya ini sibuk dengan servicing Merx 2.3E dia
di garaj orang Pakistan/ African brothers berhampiran rumah sewanya. . Bayangkan
kesusahan yang dialami ini. Dari jauh,
saya dengar dia tidak Berjaya menyerahkan tesis PhD tersebut. Satu kenangan pahit, bukan?
11. Sebagai
orang islam, banyakkan masa sembahyang hajat dhuha, tahajud ..mintak
pertolongan Allah siang dan malam. Dalam
satu ayat dalam doa saya , saya masukkan ayat begini ‘.. jangan sia-siakan masa pengorbananku ini untuk memperolehi PhD demi dunia
islam keseluruhannya dan ..ya ROBB (tuhanku) ..janganlah jadikan aku ..satu
bahan ketawa oleh pihak JPT, KPTM, Universiti, politeknik, anak anak cucu ku ..ahli
masyrakat kampongku kerana aku tewas dalam medan PhD… ya Allah ..bantulah
aku. Jika orang-orang kafirpun kau boleh
membantunya .. apa kiranya .. nikmat PhD ni kau kurniakan juga pada diri ..yang
serba lemah ini. Aku tak tahu
macam-macam kerana .. kuasa tahu segala-galanya adalah hak milikmu se orang. Ya
ROBB ..’
12. Sekian. Maaf ku pinta jika ada apa apa yang tidak
bagus dibaca dan tidak enak difahami oleh kalian. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu
jer untuk maksud berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman. Yang baik dari Allah dan yang tidak
bagussssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …..
itu semua adalah kelemahan diri saya sendiri yang penuh dengan kealpaan
dan kehinaan.
Wallah huaklam.